Reset Minda Ibu Bapa
Dunia 'dalaman ibu bapa' menentukan dunia 'luaran ibu bapa'
Siapakah dunia luaran ibu bapa??
Siapa lagi kalau bukan anak-anak.
Anak-anak meruapakan dunia luaran ibu bapa yang mana anak-anak akan menggalas tanggungjawab.
Anak-anak bukan datang daripada ibu bapa tetapi daripada ALLAH SWT
Ya memang benar anak-anak itu terjadi daripada dua benih dari ibu dan bapa tetapi kita kena lihat Allah SWT yang menghidupkan benih tersebut.
Ibu bapa harus fikir bukan apa yang kita tinggalkan kepada anak-anak tetapi apa yang kita terapkan dalam jiwa anak-anak iaitu aqidah, ibadah dan akhlak.
Renungkan kata-kata ini: "Orang yang mempunyai aqidah yang mantap, ibadah yang sempurna dan akhlak yang baik, dimana-mana pun ibu bapa meletakkannya, anak tersebut tidak akan terpengaruh dengan persekitarannya".
Hati yang hidup adalah hati yang tidak dipengaruhi oleh orang lain. Oleh itu, terapkan anak-anak dengan tiga perkara tersebut.
Dalam hal ini, ibu bapa berperanan sama ada untuk menyebarkan racun ataupun ingin menunaikan hasil. Contohnya apabila anak-anak ada masalah, perkara yang pertama sekali adalah ibu bapa perlu menjaga perkataan. Hal ini kerana emosi ibu bapa mempengaruhi emosi anak-anak. Pada zaman sekarang, banyak gejala sosial dikalangan remaja kerana salah satu faktor adalah permasalahan yang berlaku dalam keluarga seperti pertengkaran antara ibu bapa yang membuatkan emosi anak-anak mudah terganggu.
Bagaimankah cara reset minda ibu bapa? Pertama sekali, ibu bapa hendaklah melakukan solat taubat nasuha. Seterusnya meminta maaf kepada anak-anak atas apa yang dilakukan pada masa silam.
Dosa masa lalu tidak akan memberikan kesan sekiranya kita telah bertaubat dan berhenti melakukannya. Apa yang perlu difikirkan adalah bagaimana hendak membesarkan dan mendidik anak-anak dengan baik supaya tidak mengikuti jejak langkah pada masa lalu. Masih ada masa untuk mengubah masa depan ibu bapa dan anak-anak.
Kesimpulannya, hati yang hidup adalah hati yang sentiasa mencari ilmu agama dalam memperbaiki diri dengan memperbetulkan aqidah, ibadah dan akhlak.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment